BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 10, 2009

desert





Bubur Lambuk




Bahan-Bahan:
Beras 1 pot secubit halba segenggam udang kering garam secukup rasa daun kunyit bawang putih hiris lobak merah potong dadu (jika rajin dan suka)
bawang goreng (jika suka) secubit serbuk lada putih santan daun sup
Cara:
-masukkan beras, bawang, udang kering, haba, daun kunyit, lobak merah ke dalam periuk yang berisi air dan rebus sehingga mendidih - masukkan santan, bawang goreng, serbuk lada putih, daun sup -masak dalam lima minit, tutup api.
Cadangan Hidangan:
-taburkan cili merah hiris
Tambahan:
-terlalu senang untuk di masak. -cuba yang original resepi dan kemudian boleh banding kelainan rasa untuk tambahan-tambahan lain -jika suka boleh tambah ayam atau daging hiris atau kedua-duanya sekali - boleh juga dimasukkan kacang peas untuk kelainan rasa -sekiranya ada kuah sup lebihan makan sebelumnya, cuma tambah sahaja bahan









Ayam Cili Kering




Bahan-Bahan:
Bahan A 4 keping isi ayam(dipotong dadu) 2 sudu tepung gandum sedikit lada sulah minyak untuk menggoreng
Bahan B 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap 5-6 tangkai lada kering(dipotong dan direndam air panas) 2-3 sudu besar air tepung jagung sedikit gula} sedikit garam} mengikut citarasa
Cara:
cuci ayam sehingga bersih kemudian perap kan dengan tepung dan lada sulah selama 1 jam.Kemudian digoreng setengah masak. Ketepikan. Gunakan sedikit lebihan minyak gorengan ayam. tumis lada kering yang telah direndam tadi. masukkan ayam, sos tiram,kicap,dan lada sulah serta sedikit garam & gula. akhir sekali masukkan air tepung jagung.
Tambahan:
garam jangan terlalu banyak kerana sos tiram biasa nya sudah masin.sekirany hendak berkuah






0 comments: